This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, October 28, 2013

Piala Malaysia: Tiket final RM40 mula dijual Rabu ini


PETALING JAYA 28 Okt. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai, Rabu ini.

Tiket perlawanan akhir pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Ahad ini, ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Afandi Hamzah berkata badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.

"Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai hari yang sama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Afandi berkata pintu masuk stadium akan dibuka mulai 3 petang pada hari perlawanan dengan Pintu B dan C untuk penyokong Kelantan manakala penyokong Pahang menggunakan Pintu A dan D.

Dalam pada itu, Afandi berkata seramai 2,155 anggota keselamatan akan bertugas semasa perlawanan tersebut dengan 100 pegawai FAM akan menjalankan urusan pemeriksaan tiket dan barangan terlarang.

"Penyokong perlu melepasi tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan badan, pemeriksaan tiket dan pengesanan barangan terlarang.

"Mereka yang didapati membawa tiket palsu akan ditangkap serta pemeriksaan badan khas terhadap wanita juga akan dilakukan," katanya.

Afandi berkata jika perlu, polis juga akan menggunakan Unit Berkuda dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengawal keselamatan penonton. - BERNAMA

Harga tiket final Piala Malaysia


FAM telah menetapkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia berharga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Pihak Astro akan menyediakan skrin lebar di luar Stadium Shah Alam bagi penyokong bola sepak yang tidak berpeluang mendapatkan tiket.